Isnin, 22 September 2008

Maruah Kita, Kita Yang Tentukan..!

Salam sejahtera,
Saya tertarik apabila mendengar berita jam 8 tadi bahawa terdapat 2000 orang ahli sebuah parti politik bertindak keluar parti. Saya pasti anda pembaca juga tahu, malah lebih tahu dari saya. Saya hanya simpulkan bahawa dalam sebuah parti politik terdapat pucuk pimpinannya dan pengikutnya, lebih baik disebut ahlinya kerana tidak semua ahli mengikut apa sahaja tindakan pimpinannya.

Dua hari yang lalu saya juga meneliti berita, melihat rakamannya bahawa pimpinan parti itu telah mengisytiharkan bahawa partinya telah membuat keputusan untuk tidak bernaung dibawah pimpinan negara. Maka dengan bangganya ( saya lihat riak wajah ketika pengumuman itu) mereka memutuskan hubungan yang selama ini agak baik.

Saya tidak berminat tentang kenapa hubungan itu diputuskan. Atas alasan apa sekalipun ia telahpun terputus kerana keputusan telah dibuat dan diisytiharkan kepada umum, kepada rakyat Malaysia khususnya. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata-kata kenyataan jadinya.

Berdasarkan keputusan itu, saya berfikir, bagaimanakah minda pemimpin parti itu dijana dan digunakan?. apakah pertimbangan yang dibuat untuk membuat keputusan itu?. Adakah ianya keputusan pemimpin secara individu atau keputusan barisan kepimpinannya secara kolektif?.
Sebulat suara. Saya berfikir juga bahawa ia parti yang mewakili rakyat ramai dikawasannya. adakah ia direstui oleh rakyat ramai yang dipanggil pengundi di kawasan yang diwakili oleh parti itu?.

persoalan ini bermain dibenak saya ketika itu.

Semasa Pilihanraya yang baru lalu, hari mengundi, rakyat seolah-olah ditanya. Kamu terimakah saya menjadi pemimpin kamu, wakil kamu?. Sediakah kamu menerima saya sebagai wakil kamu?. Kalau kamu bersetuju saya menjadi wakil kamu, saya akan bertanding dalam pilihanraya dan kamu undilah saya?

Begitulah gambarannya waktu itu agaknya (sebelum menjadi calon dan menang). Rakyat ramai di situ ditanya, seolah-olah ditanya (risik politik memberitahu bahawa calon itu disukai ramai, maka calon itu disenaraikan sebagai calon pilihanraya kawasan itu).

TETAPI seketika selepas itu berita mengatakan beberapa pemimpin dalam parti itu telah bertindak keluar dari mesyuarat dan tidak bersetuju dengan keputusan pimpinan parti untuk keluar dari BN. Maka soalan saya terjawab juga, oooo...bukan keputusan kolektif, bukan bersama. maka sujud dua kumpulan dalam pimpinan parti. Kekuatan yang dirasakan rupanya menjadi kelemahan.

Apabila hari ini, diberitakan 2000 pemimpin dan ahli dari parti itu bertindak keluar parti. Maka persoalan saya sekali lagi terjawab. Rupa-rupanya keputusan yang dibuat tidak mendapat restu ahli. Rakyat ramai yang diwakili parti itu marah dan kecewa rupanya. Semasa ingin menjadi calon, kuasa rakyat ditanya, tinjauan kehendak dan sokongan rakyat ditanya, diminta untuk mengundi bagi melantiknya menjadi wakil. Rakyat bangga kerana mereka ditanya.

Hari ini rupaya telah wujud 3 kumpulan parti itu. Pemimpin yang keluar BN, pemimpin yang keluar parti dan rakyat (ahli) yang keluar parti. Tentunya kalau tadi lemah, kini bertambah lemah.

Beritanya (entahkan betul, entahkan tidak) bahawa pemimpinan yang mengistiharkan partinya keluar dari BN akan menyertai pembangkang. (ini pun saya tidak berminat). Tetapi saya berminat tentang pemimpin yang keluar parti bersama ahli (rakyat) yang keluar dari parti itu. Kemana mereka?. Kenapa pimpinan utama telah mengabaikan mereka melalui tindakan yang dibuat sedangkan dahulu mandat diberikan oleh rakyat ramai itu?

Adakah rakyat ramai itu kalah dalam soal ini?. Rakyat itu tidak kalah, mereka menang. Menang dari segi moralnya. maruah. Rakat ramai itu telah mempertahankan maruah mereka. Mereka ada pendirian, maka mereka tinggalkan parti itu bersama pemimpin lain yang ada maruah. Mereka tidak sanggu menerima pandangan sinis bahawa mereka boleh dijual beli.

Syabbas kepada minda ahli dan pemimpin parti itu yang menggunakan minda dengan tepat, berfikir secara waras dan bersama. Inilah rakyat Malaysia yang saya katakan mempunyai minda dan menggunakan minda dengan tepat dan terpuji. Bukan kerana mereka menolak pembangkang tetapi kerana mereka TELAH BERUSAHA MENJAGA MARUAH MEREKA SENDIRI. Itu cara pemikiran yang dimiliki, yang disanjung sebagai pewaris.

apa yang terjadi kepada pemimpin yang mengistiharkan keluar dari kerjaaan?. Saya tidak berminat tentang kemana dia pergi dan arahtujunya.

Saya berminat untuk berkata bahawa selepas kegembiraan dan kebanggaannya mengistiharkan tentang apa yang terfikir dalam mindanya, dia pula mula menerima cemuhan. Cemuhan dari rakyat ramai yang telah mewakilkan kuasa kepadanya dalam plihanraya yang lalu. Cemuhan secara tidak langsung ini amat pedih dan memalukan. Tercalar maruahnya, tetapi apa boleh buat kerana maruah kita, kita sendiri yang tentukan.

PENGAJARAN dari peristiwa ini perlu, amat perlu direnungi oleh Ahli-ahli Parlimen (jika ada) yang dikatakan ingin berhijrah. Gunakan minda YB dengan baik, waras dan kearah menyatukan. YB juga hanya diberi mandat oleh rakyat ramai di kawasan YB. Jika berlaku seperti yang telah berlaku ini, tentunya minda YB juga sama seperti minda orang yang telah keluar dari kerajaan. Itu tidak penting juga. Yang pentingnya, selepas 2 hari YB merasa bangga kerana telah berhijrah, maka rakyat pula akan memalukan YB.

Saya hanya boleh berkata tentang minda YB tetapi yang paling mustahak adalah MARUAH. maruah YB, YB lah tentukan sendiri. Jangan mengharap hujan dilangit, entahkan jadi entahkan tidak. Air ditempayan jangan dicurahkan hanya kerana mendengar guruh di langit. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian buruk padahnya.

Biar kita memaksa minda kita untuk berfikir waras hari ini sebagai rakyat Malaysia, jangan sesekali kita terpaksa mengerah minda untuk berfikir bagaimana mehu memulihkan maruah yang kita calarkan sendiri.

Sekali buruk, tetap tercemar, seratus kali dibasuh pun ia tetap buruk juga.
Maruah kita, kita yang tentukannya sendiri....jagalah sementara ia bersih.

Terima kasih

Tiada ulasan: