Jumaat, 3 Oktober 2008

Jangan Menyesal Nanti...

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya rasa tertarik dengan artikel "Kebijaksaan pemimpin dahulu satukan rakyat Malaysia" oleh Jamudin Idris dalam Berita Harian hari ini.

Saya salin (mohon izin) dan paparkan di blog ini dengan tujuan agar rakan yang tidak membaca hari ini dapat membacanya di sini..

"KEMENTERIAN Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan (KPKKW) melihat tarikh 16 September itu cukup penting. Ia bukan saja dapat dikaitkan dengan warisan negara iaitu penubuhan Malaysia, tetapi tarikh itu disambut sempena berakhirnya Bulan Kemerdekaan Negara yang dirayakan sejak 18 Ogos lalu. Walaupun hasrat Kementerian sudah lama dirancang majlis itu pada tahun ini tidak dapat diadakan. Pertama kerana 16 September jatuh pada Ramadan dan tentunya tidak sesuai untuk mengadakan majlis besar-besaran pada siang hari. Kedua, parti pembangkang pula `menumpang' tarikh itu kononnya tarikh peralihan kuasa pemerintahan negara. Bagaimanapun, tarikh penubuhan Malaysia tetap penting dalam lipatan sejarah KPKKW. Apatah lagi 16 September 2008, genap 45 tahun Persekutuan Malaysia dibentuk. Kementerian ingin merayakan dan mahu rakyat mengingati tarikh keramat itu. Majlis penutupan Bulan Kemerdekaan Negara pula biasanya berakhir pada 17 September kali ini digabungkan dengan penubuhan Malaysia 16 September. "

Sejarah yang benar tidak akan dapat dipadam, ditindih atau dikaburkan oleh sesiapapun. Kesungguhan yang ditunjukkan oleh pembangkang untuk memadam, menindih atau mengaburkan tarikh 16 September dengan melaungkan 16 September sebagai hari pertukarana kerajaan amatlah memalukan. Malu lagi memalukan.

Pembangkan, walaupun mereka mengaku rakyat Malaysia, lahir dan dibesarkan di Malaysia, makan dan minum segala yang terhasil di Malaysia, mengecapi nikmat dari dalam kandungan ibu hinggalah sekarang di atas jerih perih pejuang-pejuang terdahulu yang juga rakyat Malaysia, tiba-tiba menjadi "pelupa" yang boleh diistilahkan sebagai "hilang ingatan". Mereka langsung terlupa bahawa 16 September adalah tarikh keramat penubuhan Malaysia.

Agenda atau aturcara yang terlintas difikiran mereka bahawa tarikh itu perlu ditukar dari sambutan hari Penubuhan Malaysia kepada hari Pembentukan Kerajaan Baru Malaysia adalah idea yang sangat jahat. Satu idea yang dilahirkan untuk mengubah Sejarah Malaysia.

Jika dahulu, penakluk-penakluk yang menjajah Tanah Melayu cuba menghapuskan semua bukti bahawa Tanah Melayu ini milik Melayu, maka idea pertukaran kerajaan pada 16 September adalah idea yang cuba memadamkan sejarah dari 16 September sebagai hari kelahiran Malaysia kepada hari pembentukan Kerajaan PKR adalah hampir sama dengan 'etnic cleansing' di Bosnia Herzegovina. Cuma bezanya, apa yang cuba dilakukan di sini adalah penghapusan tarikh penting untuk digantikan dengan tarikh memperingati kejayaan mereka.

Strategi yang licik ini, mungkin lebih jelas dan terperinci apabila kita membaca, meneliti, mengkaji dan menyusuri tata atur perlaksanaan misi yang dilakukan oleh Zionis melalui Protokol Zionis. Memang licik.

Bukti yang jelas telah tercatat dalam sejarah baru kita akhir-akhir ini apabila satu persatu perkara yang telah membina negara ini selama lebih 50 tahun cuba dihapuskan. Pertikaian demi pertikaian diatur dengan rapi. Bermula hanya dari isu kecil hak asasi manusia, telah menular kepada hak asasi kaum, kedaulatan dan kesaksamaan. Mencetuskan perdebatan mengikut kepentingan kaum, pertikaian tentang hak dan kesaksamaan ekonomi dan perimbangan kuasa. Justeru kerana demokrasi, hukum dan perundangan dipertikaikan, sehinggalah melibatkan campurtangan dalam hal keagamaan yang sebelum ini telah dijana dan dijaga dengan begitu baik.

Akhirnya, dimulakan pula episod untuk memadamkan sejarah tentang persetujuan yang telah dicapai oleh pemimpin terdahulu tentang 'janji untuk muafakat dengan tolak ansur kerakyatan dan hak istimewa peribumi, pengamalan agama serta sistem politik yang seluruhnya dikawalselia oleh Perlembagaan Malaysia.

Oleh itu, perbuatan untuk 'duplicate' tarikh 16 September dengan peristiwa baru, menukar perundangan yang telah terbukti berjaya menghalang kegiatan yang memudaratkan negara, pertikaian tentang kuasa raja, bahasa, dan hak seperti yang telah termaktub dalam Perlembagaan Malaysia adalah satu pengkhianatan kepada negara.

Kita rakyat Malaysia, sama pemimpin atau pengikut, perlu sedar, perlu sedar, perlu sedar bahawa 'penggantian' ini pasti mempunyai agenda tertentu, yang buruk, tentunya bertujuan melonggarkan ikatan yang telah disimpulkan selama ini. Mereka cuba merungkai sejarah dan membuka pintu kepada campurtangan asing yang lebih berbahaya.

Semua perkara yang dipertikaikan, semua tarikh penting ingin diganti, perundangan penting dipertikaikan dengan tujuan untuk melemahkan negara ini. Tindakan melemahkan negara ini adalah agenda yang perlu disedari oleh semua rakyat Malaysi dan kita perlu berfikir kembali.
Fikirkan, bahawa musuh luar tidak akan berjaya menghancurkan kemerdekaan negara ini melainkan mereka menggunakan rakyat kita sendiri untuk menghancurkan negera ini. Fikir, teliti, insaf dan waspadalah. Jangan kita sendiri yang meobohkan rumah sendiri. Akhirnya kita yang merana.

Tiada ulasan: